Saturday, October 17, 2009

JODOH???(2)

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di sampingmembina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orgyang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turutbanyak?Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnyajambatan ke neraka?Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telahmelompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insankepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya iaakan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agarjemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "--Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi

No comments:

Post a Comment