Saturday, September 5, 2009
Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia . Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ¿menarikan¿ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ¿keasyikkan¿ menarikan tarian ini.
1 MALAYSIA KONON...........
Apakah 1Malaysia Merupakan “Bahan Letupan” Untuk Meruntuhkan Tembok Perkauman?Ketika ini semua peringkat lapisan masyarakat samada pemimpin mahupun rakyat sedang bercakap mengenai merdeka. Najib selaku orang paling berkuasa di Malaysia saat ini, dalam ucapan perutusannya sempena kemerdekaan telah menyeru rakyat untuk meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud di antara rakyat pelbagai kaum di negara ini. Nampaknya Najib menyedari masyarakat di Malaysia yang kononnya telah 52 tahun merdeka, sebenarnya masih dipenjara oleh tembok-tembok fahaman perkauman. Beliau juga berharap agar konsep 1Malaysia yang disarankannya akan mampu untuk menjadi “bahan letupan” bagi menghancurkan tembok-tembok perkauman itu dan seterusnya menyuburkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat. Persoalannya ialah apakah kita sebagai seorang Muslim menyakini 1Malaysia sebagai “bahan peletup” yang terbaik untuk menghancurkan dan meruntuhkan tembok-tembok kaum yang masih wujud pada hari ini? Bagi seorang Muslim, sudah sewajibnya kita melihat seluruh persoalan kehidupan dunia ini dengan aqidah yang kita miliki. Ini termasuk persoalan negara dan pemerintahan. Wahai Najib! Sedarlah! Kamu adalah seorang Muslim. Kamu adalah pemimpin umat Islam. Kamu pada hari ini adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia. Dalam ucapan perutusan kamu, kamu mengajak untuk “sama-samalah berdoa agar perjalanan mulia ini terus diberkati dan diberi petunjuk-Nya jua”. Apakah kamu sedar kepada siapa seruan doa itu kamu panjatkan? Ya sudah pasti kepada Allah SWT yang menciptakan manusia, alam dan kehidupan ini. Untuk itu, wahai Najib! Kamu wajib menerapkan Islam secara kaffah dalam pemerintahanmu. Yakinlah bahawa Rasulullah SAW yang merupakan contoh terbaik bagi umat Islam, termasuklah dalam persoalan pemerintahan, telah terbukti berjaya meleburkan ikatan ashobiyyah Arab jahiliyyah di antara Aus dan Kharaj. Mereka ini (Aus dan Khazraj) sebelum kedatangan Islam, sering berperang sesama sendiri, namun akhirnya mereka menjadi golongan yang dinamakan Ansar, yakni yang bersama-bersama memberikan nusrah untuk menegakkan Daulah Islam di Madinah. “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. [TMQ Al Ahzab (33) : 21].Dan dengan Islam sebagai asas negara, Nabi SAW telah terbukti berjaya mengatur kehidupan masyarakat yang terdiri dari pelbagai agama di Madinah ketika itu (ahli kitab, musyrik dan Islam) untuk menjadi masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Di dalam lipatan sejarah, terlalu banyak contoh yang boleh dilihat mengenai kejayaan Islam dalam mengatur kehidupan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum di seluruh pelusuk dunia. Lupakah kamu wahai Najib akan kejayaan Islam di Sepanyol di mana selama lebih kurang 800 tahun Islam memerintah di sana, penganut tiga agama besar dunia ketika itu (Islam, Yahudi dan Kristian) hidup dalam keadaan aman dan damai? Hakikatnya, Islam sebagai Deen yang diturunkan Allah Sang Pencipta, telahpun menyediakan penyelesaian tuntas bagi permasalahan ashobiyyah/perkauman ini sejak dahulu lagi. Apakah kamu, wahai Najib telah melupakan hakikat ini?
berita terbaru ......................islam
Carefour enggan memboikot barangan Israeli/American/ Denmark . KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt & Starbucks telah mengambil keputusan untuk membeli barangan Denmark bagi menyelamatkan kerugian mereka.
Boikot barangan Denmark dan sampaikan berita ini kepada sesiapa sahaja !!!!! Denmark mahu membakar kitab suci al-Quran pada Sabtu akan datang di satu kawasan lapang di Coppenhagen (ibukota Denmark ), sebagai reaksi terhadap pemboikotan ummat Islam keatas barangan mereka.
Diharap kita semua bersatu memboikot barangan mereka dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa supaya menunjukan kesan rancangan jahat mereka , menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada seluruh dunia. Sampaikan berita ini kepada mereka yang anda kenal.
Denmark semakin terdesak
Sila panjangkan berita ini. Assalaamu 'Alaikum, Berita gempar, harap anda semua tahu tentang akhbar Denmark yang telah mempersendakan Rasulullah SAW dan hingga kini mereka tidak menyesalinya..Marilah kita jadikan mereka menyesalinya.
Duta Besar Denmark. Perdana Menteri dan Denmark National Channel; kesemua mereka sedang merancang berbuat sesuatu untuk menghentikan pemboikotan ummat Islam sejak bulan lepas , dimana mereka telah mengalami kerugian hingga 4 billion Euro. Jika kita meneruskan pemboikotan barangan Denmark 7 bulan atau lebih lagi , kerugian dianggarkan mencapai sekitar 80 billion Euro.
Sila sampaikan maklumat ini kepada setiap Muslim yang anda mampu usahakan. Ingatlah ; Rasulullah mungkin akan bertanya kepada anda di hari akhirat kelak : Apa yang telah anda lakukan apabila mereka mempersenda-sendakan aku? Bagaimana anda mempertahankan saya?
Minuman 7-up , LEGO, cokolat Cadbury , Hall Chewing gums atau apa-apa barangan yang mempunyai kod bar bermula dengan angka 57 . Tolong yakinkan semua ummat Islam supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh negara Denmark.
Catatan Oleh alhusseyn.

Subscribe to:
Posts (Atom)